Pertandingan Tarian Asli Senegara antara Sekolah-sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam telah bermula pada bulan Jun yang diselajurkan dengan persembahan kebudayaan sempena perkahwinan di raja.

Lebih 30 buah sekolah rendah telah dikategorikan untuk membuat persembahan yang dipertandingkan pada dua malam dan sekolah yang mendapat tempat sepuluh teratas pada kedua-dua malam tersebut akan membuat persembahan pada malam kebudayaan sempena hari keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 61 tahun.

Antara yang menarik dalam pertandingan ini ( Festival Tarian - menurut Cikgu Dayang) ialah usaha masing-masing sekolah untuk menang. Dengan pakaian, props dan usaha memblend lagu tarian, semuanya menampakkan bahawa pertandingan ini bukan hanya setakat pertandingan tetapi reputasi sekolah yang menjadi pertaruhan. Mudah-mudahan saja kita tidak lupa bahawa BINTANG yang sebenarnya ialah para murid.

Merekalah yang diharapkan akan membawa obor semangat tradisi warisan budaya seperti tarian.