Check out the Latest Articles:

Tuesday, July 31, 2007

Ketika ini masih lagi menunggu keputusan untuk dipost dari AJK PAP Rashidah, setelah pertandingan akhir diadakan pada hari isnin lepas.

Thursday, July 26, 2007

Pengundian gulintangan peringkat akhir yang diadakan pada 30hb. Julai 2007 jam 8am di Sekolah menengah pap hjh rashidah lumut seria.

cikgu dayang dan cikgu rabiah

wakil dari sekolah menengah pap hjh rashidah

pegawai pelajaran kanan, pg hj md askandar pg hj md said

wakil-wakil dari sekolah yang menyertai pertandingan....serius jua cigu?!

cikgu askandar mendapat msg yang mengatakan beliau telah memenangi wang lebih 1 juta dari filipina. Cikgu irwan senyum kerana tahu hal yang sebenarnya. hehee...baibun pg.


Sunday, July 22, 2007

Inilah dia keputusan yang dibacakan pada malam yang berakhir kira-kira jam 11.20pm. Kesian jua pasukan dari SR Sungai Liang, Belait yang mesti pulang ke KB malam atu jua. Apatah lagi gurunya meluahkan rasa hampa setelah hanya mendapat tempat ke 16 pada malam tersebut. Bawa bersabar, insyaAllah ada rezeki di tahun hadapan, Cikgu.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang lain cuba lagi di masa akan datang. Usaha dan tenaga biskita dalam menjayakan acara sangat kami hargai. Mudah-mudahan para murid, anak-anak kita akan sentiasa membawa kenangan manis dalam pertandingan ini dan akan membawa obor semangat cintakan budaya.

Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan.

Hadiah yang diterima para pemenang dan penerima saguhati. Sila click pada gambar untuk resolusi besar.







Keputusan penuh yang dibacakan pada malam tersebut. Sila click pada gambar untuk resolusi besar.

Keputusan pertandingan pakaian cantik:

Tempat pertama
Sekolah Rendah Mabohai

Naib Johan
Sekolah Rendah Mulaut

Tempat Ketiga
Sekolah Rendah Pulaie

Sunday, July 8, 2007

Antara sekolah rendah yang akan menyertai persembahan kebudayaan sekaligus festival tarian sempena Hari Keputeraan KDYMM yang ke 61 tahun ialah :

Sekolah Rendah Selangan Temburong
















Sekolah Rendah Dato Othman

Pertandingan Tarian Asli Senegara antara Sekolah-sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam telah bermula pada bulan Jun yang diselajurkan dengan persembahan kebudayaan sempena perkahwinan di raja.

Lebih 30 buah sekolah rendah telah dikategorikan untuk membuat persembahan yang dipertandingkan pada dua malam dan sekolah yang mendapat tempat sepuluh teratas pada kedua-dua malam tersebut akan membuat persembahan pada malam kebudayaan sempena hari keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 61 tahun.

Antara yang menarik dalam pertandingan ini ( Festival Tarian - menurut Cikgu Dayang) ialah usaha masing-masing sekolah untuk menang. Dengan pakaian, props dan usaha memblend lagu tarian, semuanya menampakkan bahawa pertandingan ini bukan hanya setakat pertandingan tetapi reputasi sekolah yang menjadi pertaruhan. Mudah-mudahan saja kita tidak lupa bahawa BINTANG yang sebenarnya ialah para murid.

Merekalah yang diharapkan akan membawa obor semangat tradisi warisan budaya seperti tarian.