Check out the Latest Articles:

Tuesday, July 8, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 32 bagi tahun 2008 diadakan pada;

Tarikh : Ahad 10 Rejab 1429H bersamaan 13 Julai 2008
Jam : 8 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Jalan 77, Perpindahan Lambak Kanan.
Tetamu : Yang Mulia Awang Hj. Suhaila biin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Pertandingan berkenaan adalah anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Kesenian dan Kebudayaan. Untuk mengetahui maklumat lanjut (dari segi jumlah peserta/sekolah, tarian yang dipersembahkan dan sebagainya) sila hubungi Penyelaras dari
Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, YM Cikgu Dayang bte Muhammad.

Alhamdulillah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diberikan kepercayaan mewakili Kementerian Pendidikan bagi mengendalikan Persembahan Malam Seni Budaya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke 62 Tahun bagi Daerah Brunei dan Muara yang akan diadakan pada:

Tarikh : 16 Rejab 1429H bersamaan 19hb. Julai 2008
Hari : Sabtu Malam Ahad
Jam : 8 Malam
Tempat : Pentas Perayaan Hari Keputeraan, Kawasan Letak Kereta berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja, BSB.

Manakal taklimat persiapan bagi acara di atas akan diadakan pada:
Tarikh : Isnin, 14 Julai 2008
Jam : 2 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak Kanan.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah :

SM SMJA ( Persembahan Gulintangan)
STPRI ( Persembahan Gulintangan)
SMALHB ( Persembahan Hadrah)
SR Dato Othman (Persembahan Tarian dan Hadrah)
SR Kapok (Persembahan Tarian)
SR Raja Isteri Fatimah (Persembahan Tarian)

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. AMIN.