Check out the Latest Articles:

Monday, March 2, 2009

Students' talents come under spotlight at lively cultural show


Graceful: Students from the Anggerek Desa Primary School perform a traditional Malay dance at The Mall, Gadong during a cultural show organised by the Education Ministry. Picture: Saifulizam

Monday, November 5, 2007

THE SOUNDS of the hadrah echoed throughout The Mall's atrium Saturday night inviting curious on-lookers to stop for a cursory look as both primary and secondary students performed in a lively cultural show organised by the Arts and Culture Section, Co-Curriculum Department of the Ministry of Education.

Although performing in front of a huge audience, the students did not show any signs of nervousness but instead staged flawless performances.

According to Sukardi Kaderi from the co-curriculum department, the show gave students a chance to showcase their talents. "The students performing tonight are extremely talented and this is one way we can expose them to a bigger audience." Such activities can hopefully make parents encourage their children to join co-curricular activities, he added. A total of 13 schools participated in the cultural show, with performances ranging from hadrah, traditional dances, syair (traditional Malay poem), gulintangan, as well as a band performance.

The department also organised an art competition for students from primary, secondary schools and colleges nationwide and has received 300 entries. The winners will be announced tomorrow, followed by a prize presentation. The artwork will be on display at The Mall for three days starting tomorrow.

The Brunei Times

Pada masa kini kebudayaan diertikan sebagai manifestasi kehidupan setiap orang atau masyarakat. Ianya meliputi segala perubatan manusia seperti dalam bidang kesenian seumpama tarian. Manakala tradisi pula dimaknakan sebagai pewarisan atau penerusan norma-norma, adat istiadat dan sebagainya dan tradisi tersebut bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah, malah mengalami perubahan akibat perubahan sosial yang berlaku kerana pengaruh dan perkembangan teknologi dari luar, pertambahan penduduk, pengaruh-pengaruh universalisme dan aspirasi-aspirasi masyarakat.

Seni tari dipercayai di dalam kehidupan manusia sebagai komunikasi awal manusia dalam bahasa gerak dan bunyi yang mereka tiru dari alam di sekitar kehidupan mereka. Gerak dan bunyi inilah yang melahirkan tarian-tarian awal yang dihubungkaitkan dengan kuasa-kuasa ghaib. Sejak tarian ini wujud dan menjadi salah satu daripada aspek kebudayaan kita hanya dapat katakan tari itu wujud serentak dengan kewujudan manusia di permukaan bumi ini. Sebagai salah satu seni yang tertua ianya tidak memerlukan apa-apa alat kecuali tubuh badan penari. Muzik yang mengiringi penari muncul kemudian yang pada mulanya hanyalah hentakan kaki dan tepukan tangan sahaja.

LATAR BELAKANG TARIAN TRADISI BRUNEI

Kewujudan tari pada asalnya yang berbentuk ritual selain daripada bertujuan untuk pemujaan dan penyembahan juga mengandungi unsur-unsur pendidikan dan hiburan. Di zaman pra-sejarah apabila seluruh aspek kehidupan manusia mengarah dan percaya kepada semangat maka tarian juga dihubungkan dengan semangat itu; maka lahirlah tarian-tarian rakyat seperti Tarian Anding, Tamarok, Alai Bubu, Alai Sekap, Tarian Lesung dan seumpamanya.

Apabila berlaku perkembangan dan perubahan dalam sejarah tamadun manusia dan apabila kebudayaan berkembang, tarian juga turut mengalami perubahan dan penyesuaian, maka lahirlah tarian-tarian tradisi seperti Tarian Samalindang, Adai-Adai, Aduk-Aduk, Naindung dan tarian-tarian tradisi lainnya. Kemunculan tarian-tarian tradisi ini dikatakan bermula pada akhir tahun 1950-an di Majlis Makan Malam bagi meraikan lawatan tetamu negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong I Persekutuan Tanah Melayu. Bermula daripada persembahan di majlis itu ianya telah dijadikan titik tolak kepada persembahan awal tarian-tarian tradisi kepada orang ramai.

Jika kita tinjau kewujudan tarian-tarian ini kebanyakan dicipta melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu itu dinanyikan seperti Lagu 'Adai-Adai'. Lagu ini lazimnya dinanyikan oleh kaum nelayan ketika hendak pergi atau pulang dari menangkap ikan. Daripada kisah tersebut diciptalah tarian yang menggambarkan keriangan, kepenatan dan aktiviti kaum nelayan. Begitu juga dengan 'Alus Jua Dendang' yang mengisahkan pertemuan dua mempelai dalam suasana gembira, malu dan pujuk memujuk di malam selepas persandingan yakni dinamakan 'Malam Berambil-Ambilan'. Sesuai dengan senikata lagu tersebut maka lahirlah tarian 'Alus Jua Dendang'. Lain halnya dengan 'Tarian Samalindang' yang dicipta berdasarkan hipotesis kisah hidup seorang gadis yang bernama Siti Samalindang yang mempunyai keistimewaan bukan sahaja daripada paras rupa yang cantik tetapi juga mempunyai tingkah laku yang sopan dan rajin serta dengan sifat-sifat yang terpuji. Daripada itu Tarian 'Samalindang' dicipta mengandungi falsafah dan perutusan yang menunjukkan sifat gadis Siti Samalindang.

PERSEMBAHAN DAN

PERTUNJUKAN

TARIAN TRADISI

Persembahan dan pertunjukan tarian tradisi pada awalnya bergantung kepada fungsi sesebuah tarian itu. Bagi tarian-tarian yang berbentuk ritual seperti Tarian 'Anding' ianya dipersembahkan khusus untuk mengubati orang sakit dan audiennya terdiri daripada pesakit dan keluarga tuan rumah sahaja. Persembahan tarian ini diiringi dengan permainan muzik dan nyanyian berupa mantera yang bertujuan untuk memanggil kuasa ghaib supaya datang menolong mengubati pesakit. Upacara pengubatan seperti ini terdapat di kalangan puak Melayu Kedayan.

Bagi Tarian 'Alai Sekap', ianya dipersembahkan apabila berlaku kematian di kalangan orang besar puak Melayu Belait seperti ketua-ketua suku atau penghulu-penghulu tetapi penontonnya lebih ramai kerana ianya bukan sahaja terdiri daripada keluarga si mati tetapi juga melibatkan masyarakat puak berkenaan di kampung itu. Tarian ini bertujuan untuk menenteram dan menghiburkan keluarga si mati.

Tarian 'Tamarok' yang terkenal di kalangan Puak Melayu Dusun dipersembahkan selepas selesai kerja-kerja menuai padi dan ianya bertujuan sebagai salah satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada Derato atau Dewa dengan harapan semoga tanaman padi mereka pada tahun akan datang subur dan mengeluarkan hasil yang banyak. Tarian ini dipersembahkan di kalangan puak mereka sahaja di suatu tempat yang telah dipilih; selalunya pertunjukan tarian ini akan mengambil masa sehingga jauh malam. Seperti juga Tarian 'Anding', tarian ini juga diiringi dengan permainan muzik tradisi iaitu gulingtangan.

Bagi Tarian 'Busak Bakui' atau 'Tarian Umak Ruma' pula ianya dipersembahkan di Majlis dan Berpindah Rumah Baru di kalangan puak Melayu Murut atau Lun Bawang. Ianya bertujuan untuk mengucapkan tanda selamat dan memohon perlindungan supaya penghuni rumah akan terlepas daripada gangguan. Tarian ini dipersembahkan di kalangan puak mereka sahaja.

Persembahan dan pertunjukan tarian-tarian rakyat (folk dance) ini akhirnya berkurangan dan mengalami perubahan akibat pengaruh persekitaran terutama apabila agama Islam semaikin kukuh dan bertapak di negara ini, unsur-unsur dan fungsi ritual telah dibuang dan diganti dengan fungsi hiburan dan pendidikan. Perubahan ini menjadikan persembahan tarian sedemikian tidak lagi mengikut fungsinya; ianya dipersembahkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, perancangan kesenian pada peringkat awalnya dilakukan secara individu di kalangan keluarga dan kelompok kecil di sesebuah kampung atau desa, ianya lebih bersifat hiburan dan mengisi masa lapang terutama apabila ada majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, berpindah rumah, majlis berkhatan dan sebagainya. Kegiatan begini tidak melibatkan sebarang organisasi dan pertubuhan, ianya diurus secara perseorangan atau oleh orang-orang yang berpengaruh serta mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang seni. Umumnya kewujudan kumpulan-kumpulan seni ini hanya bersifat sementara dan berkala, apabila diperlukan ianya akan menampilkan diri dikhalayaknya dan selepas itu akan hilang begitu sahaja. Namun begitu usaha-usaha pewarisan tetap dilakukan sama ada secara langsung atau tidak melaui orang-orang tua, lazimnya diturunkan kepada waris masing-masing.

Sebelum tahun 1940-an, tidak terdapat badan-badan kebudayaan yang bergiat dalam bidang kesenian, walaupun begitu kegiatan seni diusahakan di sekolah-sekolah oleh guru-guru di sekolah masing-masing apabila mereka mengadakan 'Sambutan Hari Ibu Bapa' atau 'Malam Penutup Sekolah'. Dalam sambutan itu selain daripada persembahan nyanyian juga diadakan persembahan tarian-tarian oleh murid-murid sekolah berkenaan. Berdasarkan fakta ini dapatlah dikatakan bahawa persembahan awal tarian-tarian tradisi kepada masyarakat moden bermula di sekolah-sekolah, kerana pertunjukan seperti ini bukan sahaja ditonton oleh murid-murid tetapi juga oleh penjaga kanak-kanak dan masyarakat sekitarnya dan sudah tentunya mendapat sambutan daripada mereka kerana ketika itu tiada persembahan atau kegiatan seni yang khusus berupa pertunjukan pentas diadakan untuk orang ramai.

Pada akhir tahun 1946 sebuah organisasi kaum nasionalis telah ditubuhkan yang dinamakan BARISAN PEMUDA (BARIP). Pertubuhan ini merupakan pertubuhan pertama yang bergiat dalam bidang seni khususnya teater yang mengandungi persembahan tarian dan nanyian sebagai forum mereka untuk menyuarakan idea kemerdekaan. Persembahan kumpulan ini diadakan di sebuah pentas yang dibina khas di Taman Hiburan pada setiap hujung minggu. Semasa pendudukan tentera Jepun, pertunjukan pentas berkenaan mendapat sokongan daripada mereka kerana ianya dapat digunakan untuk menyampaikan dan melancarkan propaganda anti British di kalangan rakyat. Persembahan ini tentunya lebih menarik dan mendapat sambutan masyarakat kerana ianya dijayakan bersama artis tempatan dan luar negeri khususnya dari Singapura dan Malaya (Malaysia). Tarian yang dipersembahkan bukan sahaja tarian tradisi tetapi juga tarian kontemporari yang diilhamkan daripada filem-filem Melayu. Melalui persembahan itu kegiatan seni khususnya persembahan tarian-tarian tradisi mulai mengambil tempat di kalangan masyarakat terutama dengan penglibatan lebih ramai artis tempatan dan luar negeri.

Selepas pendudukan Jepun dan pembubaran Barisan Pemuda, maka kegiatan pentas di Taman Hiburan juga berkubur sama, akibatnya persembahan tarian berkurangan dan kembali semula ke sekolah-sekolah. Keadaan ini menyebabkan kegiatan seni khususnya persembahan tarian semakin perlahan berkala sahaja. Namun begitu persembahan tarian dapat juga diadakan apabila negara ini mengadakan sambutan atau perayaan kerana memperingati sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang bermula 23 September hingga 30 September setiap tahun. Perayaan ini merupakan perayaan yang begitu penting dan paling meriah diadakan di seluruh negara selama beberapa malam sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang sambutan itu diadakan pelbagai pertunjukan pentas dipersembahkan oleh pelbagai pertubuhan dan persatuan serta pihak sekolah di pentas yang disediakan. Melalui perayaan tersebut masyarakat berpeluang menyaksikan persembahan-persembahan tarian tradisi dan kontemporari.

Sepanjang tahun 1050-an hingga pertengahan tahun 1070-an pertunjukan tarian tradisi hanyalah dijalankan secara bermusim sahaja, selain persembahan di sekolah dan maktab serta persembahan seperti di atas, maka beberapa buah persatuan belia juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan pentas melalui projek tahunan seperti Majlis Belia-Belia Brunei (MBB) dengan menganjurkan 'Malam Kebudayaan', 'Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei' dengan persembahan yang sama sempena meraikan 'Mesyuarat Agung' mereka.

Kekurangan aktiviti kesenian ini khususnya tarian-tarian tradisi begitu dirasakan apalagi apabila melihat kurangnya tarian tersebut dipersembahkan apabila diadakan pementasan. Kekhuatiran ini timbul kerana berkemungkinan tarian-tarian tradisi ini akan hilang dan pupus akibat tiada usaha untuk memelihara dan memperkembangkannya. Memikirkan hal ini maka pada 5 Julai 1971 sebuah Badan Kebudayaan Brunei telah ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei. Melalui badan ini satu pertunjukan khas tarian-tarian tradisi Brunei telah diadakan di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) pada 15 Julai 1971 yang juga bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pertunjukan tarian-tarian tersebut telah mendapat sambutan dan amat menarik pernah diadakan kerana tarian-tarian tradisi yang dipersembahkan itu telah diberikan nafas baru melalui penciptaan gerak tari, kostum dan muzik, di samping beberapa buah tarian tradisi yang belum pernah ditonton dan dipersembahkan sebelumnya.

Selepas pertunjukan pertama itu, masyarakat mula menyedari betapa tarian-tarian tradisi itu perlu dikekal dan diajarkan terutama kepada generasi muda, maka daripada situ lahirlah beberapa buah kumpulan kecil penari yang bergiat mempelajari dan seterusnya mengadakan persembahan tarian itu.

Pada 9 Julai 1975 apabila Televisyen Brunei memulakan siarannya, maka pertunjukan tarian-tarian tradisi menambahkan lagi ruangnya melalui kaca televisyen yang dapat ditonton oleh seluruh masyarakat. Siaran televisyen itu tentunya dinantikan oleh masyarakat dan dengannya dapat mengetengahkan tarian-tarian tersebut kepada orang ramai.

Apabila negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1 Januari 1984, maka beberapa buah kementerian telah ditubuhkan antaranya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Melalui kementerian ini kegiatan seni khususnya seni tari telah menjadi salah satu aktivitinya. Dengan pengambilan pekerja tetap dalam bidang muzik dan tarian, maka kementerian ini telah dapat mengadakan pertunjukan tarian sepanjang tahun terutama apabila ada majlis-majlis kenegaraan dan pertunjukan khas.

GALAKAN

Sebelum tahun 1970-an, kegiatan seni khususnya tarian hanyalah dijalankan oleh pihak sekolah dan persatuan-persatuan belia sahaja. Mereka inilah yang aktif menyertai persembahan tarian apabila ada majlis keramaian atau perayaan. Walau bagaimanapun persembahan ini masih tertumpu di musim perayaan sahaja dan merupakan pertunjukan sampingan selain daripada persembahan nanyian dan lakonan, kecuali MBB yang pernah menganjurkan Pertandingan Tarian Asli Brunei.

Menjelang 15 Julai 1971 apabila 'Badan Kebudayaan Brunei' ditubuhkan maka usaha galakkan dan perkembangan tarian tradisi telah diadakan. Melalui badan tersebut maka kelas-kelas tarian tradisi telah diadakan di Bahagian Kebudayaan, Jabatan DBP pada setiap hujung minggu iaitu pada Jumaat dan Ahad dengan percuma, selain mengajar tarian kelas tersebut juga mengajarkan permainan muzik gulingtangan.

Sebagai usaha lanjut untuk memperkenalkan tarian-tarian tradisi ini, badan tersebut telah mengadakan pertunjukan kebudayaan di seluruh negara melaui projek Perjalanan Kebudayaan dan Menyusur Ke Pedalaman. Melalui aktiviti ini maka masyarakat telah dapat menyaksikan tarian-tarian tradisi dengan lebih dekat lagi selain daripada menyaksikannya di kaca televisyen. Selain daripada itu, Badan Kebudayaan berkenaan juga mengadakan bengkel-bengkel tarian ke sekolah-sekolah dan maktab-maktab dan juga melalui pertubuhan-pertubuhan belia yang dikendalikan oleh ahli-ahli badan berkenaan.

Apabila Bahagian Kebudayaan Jabatan DBP dipindahkan pentadbirannya ke KKBS, maka usaha untuk memelihara dan memperkembangkan tarian-tarian tradisi telah dipertingkatkan melalui kelas-kelas tarian yang diadakan di Bangunan Bubungan Duabelas iaitu salah satu pusat perkembangan seni di Brunei. Kelas-kelas itu telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak terutama di kalangan guru-guru, pihak pertubuhan dan kelab-kelab di Jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta.

Dalam usaha mempertahankan tarian-tarian tradisi ini, pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Ko-Kurikulum telah mengadakan Pertandingan Tarian Asli Brunei pada setiap tahun sebagai salah satu projek tahunan mereka. Melalui pertandingan ini maka tarian-tarian tradisi Brunei telah dikembangluaskan lagi dan menjadi satu petanda yang warisan seni itu tidak akan hilang kerana ianya dapat dilihat sebagai suatu usaha penerusan dan pengekalan warisan seni, di samping menanamkan dan memupuk semangat cintakan seni budaya bangsa.

Manakala untuk para belia pula, pihak KKBS melalui Bahagian Kebudayaan telah juga mengadakan Pertandingan Tarian pada setiap bulan Julai sebagai salah satu acara sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Melalui pertandingan tersebut maka tumbuhlah beberapa buah kumpulan tarian yang bukan sahaja untuk menyertai pertandingan tersebut malah terus bergerak aktif dengan mengadakan pertunjukan apabila ada acara diadakan. Selain menerima undangan dari pihak Radio dan Televisyen Brunei, kumpulan berkenaan juga menerima undangan dari pihak kementerian dan jabatan apabila mereka mengadakan suatu upacara seumpama persidangan yang bertaraf ASEAN atau serantau. Antara kelab-kelab dan kumpulan-kumpulan tarian yang bergerak aktif ialah 'Kumpulan DKS Dancers', 'Lively Dancers', dan 'AJ Dancers'. Selain daripada menerima undangan di atas, ahli-ahli kumpulan ini juga berpeluang mengadakan persembahan di luar negeri apabila negara ini mengadakan pertunjukan berkenaan terutama di negara-negara ASEAN.

Pada 27 November 1990, pihak KKBS telah mengadakan satu 'Pertemuan Koreografer' dengan tujuan memberikan pengetahuan kepada mereka yang berminat untuk menjadi koreografer. Pertemuan tersebut telah disertai oleh lebih 100 orang peminat seni tanah air dari seluruh negara, manakala pada Malam Penutup pertemuan itu telah diadakan pertunjukan tarian-tarian tradisi daripada pelbagai puak di samping persembahan dari pihak penganjur.

Apabila negara ini menyertai Pertubuhan ASEAN, pertunjukan tarian-tarian tradisi telah dapat dibawa keluar ke negara-negara ASEAN seperti melalui projek ASEAN Performing Art and Dance Festival.

PENUTUP

Dengan perkembangan pesat bidang teknologi yang melahirkan alat-alat seperti televisyen dan alat lainnya, maka minat masyarakat terhadap tarian-tarian tradisi semakin berkurangan, akibatnya pertunjukan tersebut hanya diminati oleh sebilangan kecil masyarakat sahaja jika dibandingkan dengan bidang seni yang lain seperti pertunjukan nanyian. Walau bagaimanapun, usaha berterusan dari pihak berkenaan dengan mengadakan Pertandingan Tarian Asli Brunei setiap tahun di peringkat sekolah dan maktab serta pertubuhan belia sedikit sebanyak akan menjadi suatu harapan bahawa tarian tradisi berkenaan akan terus hidup menjadi suatu warisan negara dan satu yang paling diharapkan ialah bahawa tarian tradisi itu akan tetap menjadi satu identiti kepada kita.

BACAAN UMUM

A. B. Ahmad : Alai Sekap, Bahana, Brunei. Dewan Bahasa dan Pustaka, Oktober-December 1978.

A. Z. Hassan : Pengaruh Kepercayaan Animisme di kalangan Masyarakat Melayu Ddi Brunei. BERITA MUZIUM Julai-Desimber 1984.

Apell C. N. : Social and Medical Anthropology In Sabah, Sabah Society Journal, Vol.VI,1968.

Chong Ah Fok : Tamarok, Suatu Pengenalan Beriga Brunei Dewan Bahasa dan Pustaka, Januari-Mach 1984

Francis Edward: Ritual and Drama, London, Lutterworth Press, 1976.

Hj. Abd. Rahman Mohd. Yusof : Sejarah Perkembangan Teater Di Brunei, Bahana, Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Lessa W.A. and E.Z. Vogt: Comparative Religion : An Anthropology Approach, New York, Harper & Row,1965.

Muhammad Abd. Latif: Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Brunei Brunei. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.

Oscar G. Brackett : History of Theatre (3rd. Edition), MassachussettesAlly Bacon, 1977.

Robert Cohen : Theatre (1st. Edition), London Mayfield Publishing Co. 1981.

credit