Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 32 bagi tahun 2008 diadakan pada;
Tarikh : Ahad 10 Rejab 1429H bersamaan 13 Julai 2008
Jam : 8 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Jalan 77, Perpindahan Lambak Kanan.
Tetamu : Yang Mulia Awang Hj. Suhaila biin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Pertandingan berkenaan adalah anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Kesenian dan Kebudayaan. Untuk mengetahui maklumat lanjut (dari segi jumlah peserta/sekolah, tarian yang dipersembahkan dan sebagainya) sila hubungi Penyelaras dari Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, YM Cikgu Dayang bte Muhammad.
Tuesday, July 8, 2008
Pertandingan Tarian Brunei Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 32 bagi tahun 2008
Posted by
Tarian Asli Brunei
11:30 PM
Persembahan Malam Seni Budaya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Posted by
Tarian Asli Brunei
7:04 PM
Alhamdulillah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah diberikan kepercayaan mewakili Kementerian Pendidikan bagi mengendalikan Persembahan Malam Seni Budaya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke 62 Tahun bagi Daerah Brunei dan Muara yang akan diadakan pada:
Tarikh : 16 Rejab 1429H bersamaan 19hb. Julai 2008
Hari : Sabtu Malam Ahad
Jam : 8 Malam
Tempat : Pentas Perayaan Hari Keputeraan, Kawasan Letak Kereta berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja, BSB.
Manakal taklimat persiapan bagi acara di atas akan diadakan pada:
Tarikh : Isnin, 14 Julai 2008
Jam : 2 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak Kanan.
Sekolah-sekolah yang terlibat adalah :
SM SMJA ( Persembahan Gulintangan)
STPRI ( Persembahan Gulintangan)
SMALHB ( Persembahan Hadrah)
SR Dato Othman (Persembahan Tarian dan Hadrah)
SR Kapok (Persembahan Tarian)
SR Raja Isteri Fatimah (Persembahan Tarian)
Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. AMIN.
Saturday, September 1, 2007
Maklumat diperlukan dari Sek Men PAP Hjh. Rashidah
Posted by
Tarian Asli Brunei
10:22 PM
Kepada para ahli jawatankuasa penyelenggara Tuan Rumah bagi Pertandingan Gulintangan 2007 antara sekolah-sekolah menengah,
Sukacita dipohonkan maklumat berupa gambar, dokumen, fail, apasaja berhubung penyelenggaraan pertandingan tempoh hari untuk menjadi ristaan sepanjang zaman, nada deh, untuk dipostmortemkan.
Terima kasih jika biskita awal menghantar untuk persiapan pertandingan Gulintangan 2008, jika akhir menghantar....;-)
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah biscigu menghubungi Cikgu Pg. Hj.Md Askandar ditalian 2333041, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.
Terima kasih
Terima kasih LadyFred
Posted by
Tarian Asli Brunei
10:17 PM
ani bisai nah, baru jua kejumpahan. another blogspot by a teacher for her students. congrats.
log on to http://ladyfred237.multiply.com/photos/album/1/My_Princesses
jika ada guru-guru atau sekolah yang mengadakan atau terfikir kan mengadakan, bercadang kan mengadakan, pernah mengadakan sebarang aktiviti kebudayaan seperti tarian, permainan alat-alat tradisi atau permainan tradisi, JANGAN MALU-MALU, maklumkan kami di sini untuk diberigakan di log ani FREE OF CHARGE. GRATIS!! nada kami minta bayaran, kan diapa jua, unless kita kan bersedekah, kami pasing plang saja arah orang miskin, but simpan saja lah.
Tujuan laman blog ani diadakan untuk menjadi pusat pemedulian berita aktiviti kebudayaan khususnya yang disekolah-sekolah, kalau yang lain kan masuk, boleh jua, aktiviti kampung kah? rumah kah? yang penting, kebudayaan dimartabatkan.
Tuesday, July 31, 2007
Menunggu keputusan dari PAP Rashidah
Posted by
Tarian Asli Brunei
7:44 AM
Ketika ini masih lagi menunggu keputusan untuk dipost dari AJK PAP Rashidah, setelah pertandingan akhir diadakan pada hari isnin lepas.
Thursday, July 26, 2007
gulintangan peringkat akhir
Posted by
Tarian Asli Brunei
5:49 AM
Pengundian gulintangan peringkat akhir yang diadakan pada 30hb. Julai 2007 jam 8am di Sekolah menengah pap hjh rashidah lumut seria.
cikgu dayang dan cikgu rabiah
wakil dari sekolah menengah pap hjh rashidah
pegawai pelajaran kanan, pg hj md askandar pg hj md said
wakil-wakil dari sekolah yang menyertai pertandingan....serius jua cigu?!
cikgu askandar mendapat msg yang mengatakan beliau telah memenangi wang lebih 1 juta dari filipina. Cikgu irwan senyum kerana tahu hal yang sebenarnya. hehee...baibun pg.


Sunday, July 22, 2007
Rekod Kemenangan Sekolah sebelum ini
Posted by
Tarian Asli Brunei
3:09 AM
